Ketidakstabilan politik berlarutan, Bulgaria umum pilihan raya mengejut

Presiden Bulgaria, Iliana Iotova (kanan) dan Andrey Gyurov, Perdana Menteri sementara yang baharu dilantik/REUTERS

SOFIA, 18 Februari– Bulgaria akan mengadakan pilihan raya parlimen mengejut pada 19 April ini, umum Presiden Iliana Iotova pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Iliana Iotova umum pilihan raya parlimen mengejut pada 19 April.
  • Andrey Gyurov dilantik sebagai Perdana Menteri sementara untuk urus pentadbiran dan sediakan pilihan raya.
  • Ini merupakan pilihan raya kelapan dalam lima tahun, mencerminkan ketidakstabilan politik berterusan.
  • Kerajaan letak jawatan selepas protes berkaitan dasar ekonomi dan dakwaan kegagalan menangani rasuah.

Iotova minggu lalu melantik Timbalan Gabenor Bank Negara Bulgaria, Andrey Gyurov untuk mengetuai kerajaan sementara yang dipertanggungjawabkan mengurus pentadbiran serta mempersiapkan pilihan raya baharu.

Ia bakal menjadi pilihan raya kelapan dalam tempoh lima tahun bagi negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan NATO itu.

Kerajaan sebelum ini meletakkan jawatan pada 11 Disember selepas beberapa minggu berdepan protes jalanan susulan dasar ekonomi serta dakwaan kegagalan menangani isu rasuah.

“Saya akan mengeluarkan dekri bagi menetapkan pilihan raya pada 19 April,” kata Iotova dalam sidang media selepas pertemuan dengan Gyurov yang turut memperkenalkan barisan anggota kerajaan sementara.

Bulgaria, yang menyertai zon euro pada 1 Januari lalu, terus berdepan ketidakstabilan politik berpanjangan apabila parti-parti gagal membentuk gabungan pemerintah yang kukuh dalam parlimen yang berpecah. -REUTERS