
HARCOURT, 12 Januari – Kebakaran belukar di Australia memerlukan tempoh masa yang panjang untuk ditangani.
- Kawasan luas dan api marak menyukarkan usaha memadamkan kebakaran belukar.
- Kebakaran memusnahkan rumah, memutuskan bekalan elektrik dan merosakkan sebahagian besar belukar.
- Lebih 300,000 hektar musnah dan banyak titik kebakaran direkodkan di Victoria serta kecemasan di NSW.
Ia susulan kawasan yang luas dan api marak menyukarkan usaha memadamkan kebakaran.
Pihak berkuasa tempatan mendedahkan, anggota bomba mengambil masa berminggu-minggu untuk menangani kebakaran belukar di tenggara negara itu
Kebakaran belukar baru-baru ini memusnahkan rumah, memutuskan bekalan elektrik dan memusnahkan sebahagian besar kawasan belukar.
Lebih 300,000 hektar kawasan belukar musnah sejak pertengahan minggu.
Menurut Perdana Menteri, Jacinta Allan lebih 30 titik kebakaran direkodkan di negeri Victoria
Di New South Wales, kebakaran catat pada tahap kecemasan iaitu bahaya tertinggi.
Bencana kebakaran kali ini merupakan yang terburuk berbanding insiden musim panas pada 2019-2020 yang memusnahkan kawasan seluar Turkiye, mengorbankan 33 individu.-Reuters