
BARAMATI, 29 Januari- Seorang pemimpin politik dan empat individu lagi maut apabila sebuah jet peribadi terhempas ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Baramati, Maharashtra di sini pada Khamis.
- Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Ajit Pawar, maut dalam kemalangan jet peribadi semasa pendaratan di Lapangan Terbang Baramati.
- Empat lagi termasuk dua kakitangan peribadi dan dua kru pesawat turut terbunuh; pesawat terbakar selepas terbabas di landasan.
- Juruterbang dipercayai hilang kawalan semasa cubaan mendarat dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca.
Pesawat jenis Learjet 45 bernombor pendaftaran VT-SSK yang berlepas dari Mumbai terhempas kira-kira pukul 8.48 pagi waktu tempatan.
Antara yang terkorban ialah Timbalan Menteri Maharashtra, Ajit Pawar yang dalam perjalanan ke Baramati untuk menghadiri beberapa program menjelang pilihan raya pihak berkuasa tempatan.
Turut maut dua anggota kakitangan beliau dan dua kru pesawat.
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan api marak dan asap tebal menjulang dari kawasan landasan ketika pasukan penyelamat menjalankan operasi menyelamat.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan Ajit Pawar sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mengejut itu.
Media tempatan melaporkan juruterbang dipercayai hilang kawalan semasa cubaan mendarat hingga menyebabkan pesawat terbabas sebelum terbakar.
Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. -Reuters