Jerman seru negara Asia Tengah sokong sekatan terhadap Rusia

Foto REUTERS

BERLIN, 11 Februari – Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul, menggesa negara-negara Asia Tengah supaya lebih tegas melaksanakan sekatan terhadap Rusia serta menyokong usaha antarabangsa untuk menamatkan perang di Ukraine.

RINGKASAN BERITA AI
  • Wadephul menggesa negara Asia Tengah untuk lebih tegas melaksanakan sekatan terhadap Rusia.
  • Beliau menekankan pentingnya tekanan antarabangsa bagi memastikan pelaksanaan sekatan berkesan.
  • Keputusan mengenai pilihan raya di Ukraine harus dihormati sebagai urusan dalaman negara itu.

Wadephul menegaskan tekanan terhadap pelaksanaan sekatan adalah penting. Katanya, keputusan mengenai pilihan raya di Ukraine terpulang kepada negara itu sendiri.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan Financial Times bahawa Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berhasrat mengumumkan rancangan pilihan raya presiden dan referendum pada 24 Februari.

Namun, menurut sumber yang dekat dengan perkara itu kepada Reuters, jadual berkenaan dilihat tidak realistik.-REUTERS