Israel lancar serangan udara ke atas Selatan Beirut

Foto REUTERS

BEIRUT, 17 Mac – Kepulan asap tebal berterusan memenuhi ruang udara selatan Beirut selepas beberapa siri serangan udara Israel pada awal pagi Selasa, dengan letupan jelas semasa serangan itu, menurut rakaman video yang diperoleh Reuters.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tentera Israel memulakan operasi darat berskala terhad terhadap kedudukan Hizbullah di selatan Lubnan untuk memperkukuh pertahanan barisan hadapan.
  • Hizbullah melancarkan serangan terhadap Israel sebagai tindak balas kepada perkembangan konflik serantau.
  • Serangan itu berlaku susulan kematian Pemimpin Iran, Ali Khamenei, yang terbunuh pada hari pertama perang antara AS dan Israel terhadap Iran.
  • Seorang pegawai Israel mengakui kempen ketenteraan terhadap Hizbullah dijangka dipertingkatkan dan mungkin berterusan walaupun serangan terhadap Iran berkurangan.

Terdahulu, tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya telah memulakan operasi darat berskala terhad terhadap kedudukan Hizbullah di selatan Lubnan sejak beberapa hari lalu bagi memperkukuh pertahanan di barisan hadapan.

Hizbullah melancarkan serangan terhadap Israel sebagai tindak balas terhadap perkembangan konflik serantau, susulan kematian Pemimpin Iran, Ali Khamenei, yang terbunuh pada hari pertama perang antara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran.

Dalam pada itu, seorang pegawai Israel dengan angkuhnya mengakui kempen ketenteraan terhadap Hizbullah dijangka akan dipertingkatkan dan berkemungkinan berterusan walaupun serangan terhadap Iran mula berkurangan.-REUTERS