Iran sedia tawar bantuan, memudah cara dialog Afghanistan-Pakistan

Menteri Luar Iran Abbas Araghchi/ AFP

TEHRAN, 27 Februari – Iran sedia menawarkan bantuan untuk memudah cara dialog antara Afghanistan dan Pakistan selepas Islamabad mengisytiharkan perang terbuka dan melancarkan serangan udara ke atas Kabul susulan pertembungan sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran menawarkan bantuan memudahkan dialog antara Afghanistan dan Pakistan untuk meningkatkan persefahaman.
  • Iran kekal berhubung rapat dengan Pakistan dan berinteraksi dengan pihak berkuasa Taliban walaupun belum mengiktiraf mereka.
  • Ini bukan kali pertama Iran mencadangkan peranan orang tengah selepas pertembungan sempadan lalu.

“Republik Islam Iran bersedia untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan untuk memudahkan dialog dan meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara kedua-dua negara,” kata Menteri Luar Abbas Araghchi dalam hantaran di platfotm X.

Iran, yang berkongsi sempadan dengan Pakistan dan Afghanistan, mengekalkan hubungan rapat dengan Pakistan dan turut berinteraksi dengan pihak berkuasa Taliban walaupun belum mengiktiraf pemerintahan mereka secara rasmi.

Sebelum ini, semasa pertembungan antara Afghanistan dan Pakistan pada Oktober lalu, Iran turut menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam rundingan.-AFP