Iran lancar serangan terbaharu ke atas Israel

Foto REUTERS

BAITULMAQDIS, 5 Mac – Memasuki hari keenam konflik di Asia Barat, Iran terus menunjukkan ketegasan dalam mempertahankan kedaulatan wilayahnya dengan melancarkan siri serangan peluru berpandu balistik ke arah pusat pentadbiran Israel pada awal pagi Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran lancar serangan peluru berpandu balistik ke arah pusat pentadbiran Israel, menunjukkan ketegasan ketenteraan.
  • Siren amaran serangan udara berbunyi di Baitulmaqdis dan Tel Aviv, menimbulkan ketegangan bandar utama.
  • Sistem pertahanan udara Israel aktif, namun serangan menunjukkan keupayaan Iran menembusi zon keselamatan.
  • Penganalisis anggap tindakan Iran sebagai mesej kepada kuasa luar tentang tindak balas ketenteraan berterusan.

Menurut laporan antarabangsa, siren amaran serangan udara berbunyi di seluruh Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Walaupun sistem pertahanan udara Israel dilaporkan aktif melakukan pintasan di ruang udara bandar-bandar utama, serangan terbaharu ini membuktikan keupayaan Iran untuk menembusi zon keselamatan musuh demi mempertahankan maruah negaranya.

Setakat ini, laporan awal menunjukkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan di pihak Israel bagi serangan tersebut.

Penganalisis geopolitik menyifatkan tindakan berterusan Iran dalam tempoh enam hari ini sebagai mesej jelas kepada kuasa luar bahawa sebarang cubaan untuk menggugat kestabilan dalaman Iran akan berdepan dengan tindak balas ketenteraan yang setimpal dan berterusan.

Situasi di lapangan kekal tegang dengan komuniti antarabangsa kini memberikan perhatian penuh kepada keupayaan Iran dalam mengimbangi asimetri (ketidakseimbangan) kuasa di rantau tersebut melalui teknologi peluru berpandu jarak jauh mereka.-REUTERS