Iran lancar serangan peluru berpandu ke zon industri di Selatan Israel

Foto AFP

TEHRAN, 30 Mac -Pengawal Revolusi Iran memaklumkan bahawa mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas sebuah zon perindustrian di selatan Israel, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan televisyen negara menyatakan serangan itu sebagai tindak balas terhadap "serangan paksi Amerika-Zionis ke atas pusat industri" di republik Islam.
  • Pihak berkuasa Iran tidak memberikan butiran lanjut mengenai tahap kerosakan atau kesan serangan itu setakat ini.
  • Perkhidmatan bomba Israel melaporkan kebakaran di kawasan perindustrian yang menempatkan loji kimia termasuk loji Makhteshim milik ADAMA.
  • Orang ramai dilarang mendekati Ne'ot Hovav kerana bahan berbahaya; 34 pasukan bomba giat mengawal kebakaran.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen negara, pasukan itu menyatakan serangan berkenaan sebagai tindak balas terhadap “serangan paksi Amerika-Zionis ke atas pusat-pusat industri” di republik Islam tersebut.

Pihak berkuasa Iran tidak memberikan butiran lanjut mengenai tahap kerosakan atau kesan serangan itu setakat ini.

Dalam pada itu, Perkhidmatan bomba dan penyelamat Israel memaklumkan, kebakaran tercetus di kawasan perindustrian yang menempatkan beberapa loji pembuatan kimia dan industri, termasuk loji Makhteshim milik ADAMA. 

Orang ramai tidak dibenarkan mendekati kawasan perindustrian Ne’ot Hovav berikutan bahan berbahaya, ketika 34 pasukan bomba giat mengawal kebakaran.

Terdahulu, tentera Israel mengesahkan mengesan pelancaran beberapa gelombang peluru berpandu dari Iran ke arah negara itu pada hari sama. 

Ne’ot Hovav terletak kira-kira 13 kilometer dari Beer Sheva dan berhampiran beberapa pangkalan tentera Israel. – AFP