
RAMALLAH, 18 Mac – Beberapa peluru berpandu dilihat menuju ke tengah Israel pada awal pagi Rabu dan tentera Israel mendakwa ia dilancarkan dari Iran ke wilayah itu.
RINGKASAN BERITA AI
- Tel Aviv sering menjadi sasaran kerana menempatkan kemudahan ketenteraan dan keselamatan utama.
- Serangan terbaru menggunakan bom kelompok sebagai tindak balas kepada pembunuhan Ketua Keselamatan Iran Ali Larijani.
- Bom kelompok meletup jadi bom kecil, menyebar luas dan sukar dipintas; Iran dilaporkan kerap menggunakannya.
Iran sebelum ini kerap menyasarkan Tel Aviv iaitu kawasan terletaknya kemudahan ketenteraan dan keselamatan utama. Bagaimanapun, sasaran tepat serangan terbaru itu masih belum diketahui.
Televisyen rasmi Iran melaporkan serangan itu menggunakan bom kelompok sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani. Bom tersebut meletup menjadi beberapa bom kecil di udara, menyebar ke kawasan luas dan sukar dipintas.
Iran dilaporkan telah berulang kali menggunakan bom kelompok dalam pertempuran menentang Israel.-REUTERS