
WASHINGTON, 21 Mac– Iran melancarkan dua peluru berpandu balistik ke arah pangkalan tentera bersama Amerika Syarikat (AS)-United Kingdom di Diego Garcia,Lautan Hindi.
- Wall Street Journal memetik kenyataan pegawai Amerika Syarikat.
- Tiada peluru berpandu mengenai sasaran; sasaran dilaporkan terletak kira-kira 4,000 kilometer dari Iran.
- Satu peluru berpandu rosak di udara manakala satu lagi dipintas oleh kapal perang AS.
- The Journal menyatakan usaha pemintasan tidak dapat dipastikan kejayaannya dan Pentagon enggan mengulas.
Demikian menurut laporan Wall Street Journal yang memetik kenyataan pegawai AS.
Bagaimanapun tiada peluru berpandu yang mengenai sasaran berkenaan, yang terletak kira-kira 4,000 kilometer dari wilayah Iran.
Dilaporkan, satu peluru berpandu tersebut rosak di udara manakala satu lagi peluru berpandu dipintas kapal perang AS.
Namun menurut The Journal, tidak dapat dipastikan sama ada usaha memintas itu berjaya atau sebaliknya.
Setakat ini, Pentagon enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Diego Garcia merupakan pulau terbesar di Kepulauan Chagos di tengah Lautan Hindi, dan menjadi salah satu daripada dua pangkalan dibenarkan Britain untuk digunakan AS sebagai operasi “pertahanan” terhadap Iran. – AFP