Insiden terbaharu runtuhan kren ragut dua nyawa di Thailand

Seorang anggota polis berdiri di hadapan lokasi runtuhan kren di Samut Sakhon, pinggir Bangkok, 15 Januari 2026, yang mengorbankan dua orang sehari selepas tragedi serupa meragut 32 nyawa/Foto AFP

BANGKOK, 15 Januari – Sebuah kren di tapak pembinaan lebuh raya di pinggir Bangkok runtuh hari ini, mengorbankan dua orang, menurut ketua polis tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Runtuhan kren di tapak pembinaan Lebuhraya Rama II di Samut Sakhon mengorbankan dua nyawa.
  • Lokasi kejadian di hadapan Hotel Paris Inn Garden, dengan debu tebal dan serpihan berselerak.
  • Insiden berlaku sehari selepas kejadian kren gantri runtuh di Nakhon Ratchasima yang meragut 32 nyawa.

Runtuhan berlaku di Lebuhraya Rama II yang sedang dibina di wilayah Samut Sakhon, dengan tiada kecederaan lain dilaporkan.

Menurut laporan media tempatan, Insiden terjadi di hadapan Hotel Paris Inn Garden, dengan rakaman menunjukkan awan debu tebal serta serpihan runtuhan berselerak di kawasan kejadian.

Lebuhraya Rama II menempatkan beberapa projek infrastruktur utama termasuk pembinaan lebuh raya bertol, dan sering dikaitkan dengan kemalangan maut.

Insiden ini berlaku sehari selepas kejadian serupa di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut Bangkok.

Semalam, sebuah kren gantri besar runtuh dan menghempap sebuah tren penumpang, mengorbankan 32 nyawa.