
WASHINGTON, 6 Mac – Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) telah mengeluarkan perintah pengecualian sementara selama 30 hari bermula Khamis, bagi membolehkan India membeli minyak mentah Rusia yang terkandas di laut.
- Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent kata langkah itu untuk menjamin aliran bekalan minyak ke pasaran global.
- Beliau menegaskan tiada keuntungan kewangan signifikan untuk kerajaan Rusia kerana transaksi melibatkan kargo yang sudah berada di perairan.
- Washington lihat keputusan sebagai langkah sementara, berharap India akan tingkatkan pembelian bekalan minyak dari Amerika Syarikat.
- India amat terdedah kepada gangguan bekalan tenaga; stok simpanan minyak mentah hanya mampu menampung kira-kira 25 hari.
Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent, dalam satu kenyataan rasmi menerusi platform X menjelaskan bahawa langkah ini diambil bagi menjamin kelangsungan aliran bekalan minyak ke pasaran global.
Beliau menegaskan bahawa pelepasan berjangka pendek ini tidak akan memberikan keuntungan kewangan yang signifikan kepada kerajaan Rusia kerana ia melibatkan transaksi kargo yang sudah berada di perairan.
Keputusan tersebut dilihat sebagai langkah penyelesaian sementara (stopgap measure) oleh pihak Washington, yang meletakkan harapan agar India akan beralih kepada peningkatan pembelian bekalan minyak dari Amerika Syarikat pada masa hadapan.
Langkah ini juga kritikal buat India memandangkan negara tersebut sangat terdedah kepada gangguan bekalan tenaga.
Pada masa ini, stok simpanan minyak mentah India dilaporkan hanya mampu menampung keperluan domestik selama kira-kira 25 hari.
Malah, India amat bergantung kepada rantau Asia Barat yang membekalkan hampir 40 peratus daripada jumlah keseluruhan import minyaknya melalui Selat Hormuz.