
SANAA, 1 April- Kumpulan Huthi dari Yaman mengesahkan pihaknya telah menyasarkan serangan ketiga ke atas Israel tanda solidariti kepada Iran yang menjadi sasaran pakatan Amerika Syarikat (AS)-Israel.
RINGKASAN BERITA AI
- Jurucakap Huthi Yahya Saree mengumumkan operasi melalui kenyataan video.
- Serangan menggunakan peluru berpandu balistik bertubi-tubi menumpu sasaran sensitif strategik Israel.
- Operasi dijalankan bersama mujahidin Iran dan Hizbullah di Lubnan.
- Sebelum ini Huthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel hujung minggu lalu.
“Kami melaksanakan operasi ketenteraan ketiga — menyasarkan sasaran musuh Israel yang sensitif (strategik)… dengan serangan bertubi-tubi peluru berpandu balistik,” menurut jurucakapnya, Yahya Saree dalam kenyataan video.
“Operasi ini dijalankan bersama saudara mujahideen kami di Iran dan Hizbullah di Lubnan,” tambah beliau.
Terdahulu, Huthi melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel pada hujung minggu lalu yang merupakan serangan pertama mereka dalam konflik Asia Barat melibatkan antara AS-Israel dan Iran. -AFP