Huthi beri amaran sertai konflik jika Iran terus diserang

Jurucakap Huthi, Yahya Saree/ AFP

SANAA, 28 Mac- Kumpulan Huthi dari Yaman memberi amaran akan menyertai konflik di Asia Barat sekiranya Amerika Syarikat (AS)-Israel terus melakukan serangan ke atas Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Yahya Saree menyatakan kesiapsiagaan untuk campur tangan ketenteraan secara langsung dalam beberapa keadaan.
  • Huthi akan bertindak jika negara lain menyertai konflik atau jika Laut Merah digunakan untuk operasi bermusuhan.
  • Amaran ketenteraan ditekankan jika Laut Merah digunakan untuk operasi bermusuhan terhadap mana-mana negara Muslim.
  • Huthi pernah menyerang kapal sekutu Israel di Laut Merah sebagai tindak balas solidariti Palestin; setakat ini belum campur tangan.

“Kami bersedia untuk campur tangan ketenteraan secara langsung dalam beberapa keadaan,” menurut jurucakap tentera Huthi, Yahya Saree sambil memberi amaran bahawa tindakan akan diambil jika negara lain menyertai pakatan AS-Israel atau jika Laut Merah digunakan untuk operasi bermusuhan.

“(Tindakan juga akan diambil sekiranya) Laut Merah digunakan untuk operasi bermusuhan oleh AS dan Israel terhadap Iran atau mana-mana negara Muslim,” tegas Yahya Saree.

Huthi sebelum ini pernah menyerang kapal sekutu Israel di Laut Merah sebagai tindak balas dan solidariti terhadap Palestin. -AFP