Hubungan diplomatik China, Switzerland diperkukuh pada ulang tahun ke 75

Bellinzona, 12 Oktober – China dan Switzerland mengekalkan pertukaran persefahaman peringkat tinggi dan terus memperkasa peluang-peluang kerjasama yang saling menguntungkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • China dan Switzerland memperkukuh pertukaran persefahaman peringkat tinggi untuk kerjasama saling menguntungkan.
  • Wang Yi menghargai 75 tahun hubungan dua hala dan kesiapsediaan meneruskan pengalaman berharga itu.
  • China menekankan peningkatan keyakinan susulan komitmen Switzerland terhadap prinsip satu China.
  • Kedua-dua negara berhasrat mengekalkan dialog, tingkatkan kepercayaan bersama dan perhalusi kerjasama.
  • Switzerland menyokong dasar pembangunan hijau China dan mahu kerjasama pelbagai hala tangani cabaran global.

Menteri Luar China, Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata, keyakinan negara tembok besar itu meningkat apabila Switzerland berikrar akan terus berpegang teguh kepada prinsip satu China dan mempertahankan asas politik hubungan dua hala untuk jangka masa panjang.

Tambahnya, ia juga sebagai penghargaan pada ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Switzerland pada 2025.

Wang berkata, China amat menghargai perjalanan luar biasa hubungan dua hala sepanjang 75 tahun ini dan bersedia untuk bekerjasama dengan Switzerland bagi meneruskan pengalaman berharga tersebut, mengekalkan dialog, meningkatkan kepercayaan bersama, memperhalusi kerjasama serta menjadi contoh kepada kewujudan menang-menang antara negara-negara yang memiliki sistem sosial yang berbeza.

Beliau membuat kenyataan tersebut semasa pusingan keempat Dialog Strategik Menteri Luar China-Switzerland di bandar Bellinzona, selatan Switzerland, hari ini. 

Sementara itu, Ahli Majlis Persekutuan dan Menteri Luar Switzerland, Ignazio Cassis berkata, Switzerland amat menghargai strategi pembangunan hijau dan dasar keterbukaan China dan akan terus berpegang teguh kepada dasar satu China.

Switzerland juga akan meningkatkan kerjasama pelbagai hala dengan China untuk bersama-sama menangani cabaran global, tambah Cassis. – REUTERS.