Houthi lancar serangan kedua ke atas Israel

Jurucakap Ketenteraan Kumpulan Houthi, Yahya Saree/ REUTERS

SANAA, 29 Mac – Kumpulan Houthi di Yaman yang bersekutu dengan Iran memaklumkan mereka melancarkan serangan kedua ke atas Israel dalam tempoh kurang 24 jam menggunakan peluru berpandu dan dron, serta berjanji akan meneruskan operasi ketenteraan dalam beberapa hari akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kumpulan Houthi menegaskan keupayaan menyerang sasaran jauh dan mengganggu laluan perkapalan di Semenanjung Arab serta Laut Merah.
  • Operasi dilaksanakan serentak dengan Iran dan Hizbullah di Lubnan, menandakan koordinasi ketenteraan dengan sekutu serantau.
  • Houthi berjanji meneruskan operasi ketenteraan beberapa hari akan datang sehingga musuh menghentikan serangan dan pencerobohan.

Jurucakap ketenteraan kumpulan itu, Yahya Saree, dalam ucapan yang disiarkan di televisyen berkata, tindakan Houthi menyertai konflik berkenaan dijangka meningkatkan ketegangan serantau, khususnya berikutan keupayaan mereka menyerang sasaran jauh di luar Yaman serta mengganggu laluan perkapalan di sekitar Semenanjung Arab dan Laut Merah.

“Angkatan Bersenjata Yaman telah melaksanakan operasi ketenteraan kedua menggunakan beberapa peluru berpandu dan dron yang menyasarkan beberapa lokasi penting serta ketenteraan milik musuh Zionis di selatan Palestin yang diduduki.

“Operasi ini dilaksanakan serentak dengan operasi ketenteraan kami di Iran serta Hizbullah di Lubnan. Sebagai tindak balas terhadap jenayah musuh ke atas rakyat dan negara-negara, kami akan terus,melaksanakan operasi ketenteraan dalam beberapa hari akan datang sehingga musuh menghentikan serangan dan pencerobohan,” katanya.

Sebelum ini, kumpulan itu turut melancarkan serangan sebagai sokongan kepada Hamas di Gaza susulan serangan rejim Zionis pada 7 Oktober 2023.- REUTERS