Harga tiket penerbangan China naik susulan kenaikan caj bahan api

Pesawat Air China/AFP

BEIJING, 2 April- Harga tiket penerbangan domestik China termasuk Air China, China Southern dan Xiamen Airlines dijangka meningkat bermula Ahad ini susulan kenaikan caj bahan api akibat harga minyak global yang melonjak susulan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Caj bahan api ditetapkan 60 yuan bagi penerbangan hingga 800 km dan 120 yuan bagi penerbangan lebih jauh.
  • Spring Airlines, Juneyao dan beberapa syarikat antarabangsa juga menaikkan tambang susulan kenaikan bahan api.
  • Banyak syarikat hentikan penerbangan ke Asia Barat atas faktor keselamatan; trafik penumpang China meningkat menurut Pentadbiran Penerbangan Awam.

Caj tambahan itu akan dikenakan kepada penumpang iaitu 60 yuan bagi penerbangan sehingga 800 kilometer dan 120 yuan bagi penerbangan lebih jauh.

Spring Airlines dan Juneyao Airlines turut mengumumkan kenaikan caj bahan api.

Sementara itu, bagi penerbangan antarabangsa, caj akan tertakluk kepada pengiraan sistem.

Beberapa syarikat penerbangan luar negara termasuk Cathay Pacific (Hong Kong), Air France-KLM (Perancis & Belanda), Air India (India), Qantas (Australia) dan SAS (Sweden, Denmark, Norway) juga telah menaikkan tambang susulan kenaikan harga bahan api.

Banyak syarikat penerbangan turut menghentikan penerbangan ke Asia Barat kerana faktor keselamatan. -AFP