
WASHINGTON, 14 Mac – Harga minyak mentah dunia terus melonjak sejak serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran menjerumuskan rantau Asia Barat yang kaya dengan minyak ke kancah peperangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Harga Brent meningkat lebih 42% sejak permulaan konflik, melepasi $100 se tong.
- Kenaikan mingguan mencatatkan sekitar 11 peratus, menunjukkan tekanan berterusan ke atas pasaran minyak.
- WTI melonjak lebih 47% dan mencecah hampir $99 se tong, memperkukuh trend kenaikan harga global.
Harga minyak penanda aras, Brent terus meningkat lebih 42 peratus sejak permulaan konflik, melepasi $100 Dolar se tong, iaitu daripada $72.48 Dolar pada 27 Februari kepada $103.14 Dolar pada sesi penutup dagangan Jumaat.
Sekali gus, menandakan kenaikan sebanyak 11 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Sementara itu, harga minyak mentah West Texas Intermediate melonjak lebih 47 peratus, mencecah $98.71 se tong. – AFP