Harga bahan api melonjak, pekerja sektor pengangkutan Filipina terbeban

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos menyaksikan pengagihan bantuan tunai kepada pekerja / Foto AFP

MANILA, 17 Mac – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos turun ke lokasi bagi menyaksikan pengagihan bantuan tunai kepada ratusan pekerja sektor pengangkutan di sini ketika harga bahan api melonjak susulan konflik antara Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan memberikan bantuan tunai untuk meringankan beban pekerja sektor pengangkutan akibat kenaikan harga bahan api.
  • Penerima termasuk pemandu teksi, bas mini dan pemandu beca bermotor atau basikal roda tiga di bandar.
  • Para pemandu beratur dalam cuaca panas sambil menyuarakan kebimbangan tentang pendapatan harian yang terjejas.
  • Kenaikan kos bahan api memaksa ramai pemandu bekerja lebih lama untuk menampung kos operasi yang meningkat.

Bantuan itu diberikan sebagai langkah meringankan beban golongan pemandu pengangkutan awam yang terjejas teruk akibat kenaikan kos bahan api, termasuk pemandu teksi, bas mini dan beca bermotor atau basikal roda tiga yang menjadi pengangkutan utama di bandar tersebut.

“Subsidi berkenaan bertujuan membantu “meringankan kesan” krisis yang menjejaskan harga tenaga global dan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Dalam suasana panas terik di ibu negara, para pemandu beratur untuk menerima bantuan, sambil berkongsi kebimbangan mengenai kenaikan harga petrol yang menjejaskan pendapatan harian mereka.

Seorang pemandu tricycle memberitahu, bahawa harga bahan api ketika ini adalah yang tertinggi pernah disaksikannya sepanjang bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam.

Kenaikan itu memaksa ramai pemandu bekerja lebih lama bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat.-AFP