Gunung Sakurajima kembali meletus, hambur abu setinggi 3.4 kilometer

Foto REUTERS

TOKYO, 13 April – Sebuah gunung berapi di Kagoshima, selatan Jepun meletus buat kali kedua dalam tempoh empat bulan, menghamburkan kepulan abu dan asap tebal ke langit.

RINGKASAN BERITA AI
  • Agensi Meteorologi Jepun melaporkan abu terhambur setinggi 3,400 meter selepas pukul 12:00 tengah hari Sabtu.
  • Letusan membantu melegakan tekanan yang terkumpul dalam gunung berapi, menurut Agensi Meteorologi.
  • Akhbar Yomiuri Shimbun menyatakan ini adalah letusan besar pertama sejak 13 Disember.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan, Sakurajima – salah satu gunung berapi paling aktif di Jepun meletus pada Sabtu selepas pukul 12:00 tengah hari waktu tempatan, dengan abu terhambur setinggi 3,400 meter.

Letusan itu membantu melegakan tekanan dalam gunung berapi yang sedang terkumpul, kata agensi meteorologi berkenaan.

Akhbar harian Yomiuri Shimbun pula melaporkan, letusan tersebut merupakan letusan besar pertama sejak 13 Disember. -AFP