Gempa bumi magnitud 5.0 gegar Kanto, Jepun

JMA memaklumkan gempa berlaku sekitar 10.06 pagi dengan pusat gempa di selatan wilayah Ibaraki pada kedalaman 48 kilometer

Tokyo, 1 April- Gempa bumi bermagnitud 5.0 menggegarkan wilayah Kanto di Jepun termasuk ibu negara Tokyo pada pagi Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • JMA: gempa berlaku sekitar 10.06 pagi, pusat di selatan Ibaraki pada kedalaman 48 kilometer.
  • Tiada ancaman tsunami dilaporkan oleh JMA.
  • Gegaran intensiti 5 rendah direkod di Mooka; intensiti 4 dirasai di Ibaraki, Tochigi, Saitama, Chiba dan Fukushima.
  • Agensi menasihatkan berwaspada terhadap gegaran susulan dalam seminggu; Moka Railway digantung dan Tohoku Shinkansen dihentikan sementara, polis lapor tiada kecederaan.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan gempa berlaku sekitar 10.06 pagi dengan pusat gempa di selatan wilayah Ibaraki pada kedalaman 48 kilometer.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan, jelas JMA.

Menurut agensi itu, gegaran berintensiti 5 rendah pada skala seismik Jepun direkodkan di bandar Mooka, wilayah Tochigi, manakala gegaran berintensiti 4 dirasai di beberapa kawasan lain termasuk Ibaraki, Tochigi, Saitama, Chiba dan Fukushima.

Agensi berkenaan menasihatkan orang ramai agar terus berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan dengan magnitud hampir sama dalam tempoh seminggu.

Polis Mooka turut memaklumkan tiada laporan kecederaan atau kerosakan harta benda, setakat ini.

Dalam masa sama, perkhidmatan kereta api Moka Railway yang melalui bandar itu digantung di beberapa laluan, manakala Tohoku Shinkansen turut dihentikan sementara sebelum disambung semula selepas kira-kira 10 minit.

Tiada gangguan dilaporkan pada laluan kereta api lain. -Reuters