Gempa bumi 6.2 magnitud gegar barat Jepun

JMA

TOKYO, 6 Januari- Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan pesisir barat Jepun pagi ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Gempa kuat magnitud 6.2 menggoncang pesisir barat Jepun pagi ini menurut JMA.
  • Gegaran berlaku di wilayah Shimane pada pukul 10.18 pagi waktu tempatan.
  • Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan setakat ini.
  • Empat gempa susulan direkodkan, magnitud 4.5, 5.1, 3.8 dan 5.4.

Gegaran direkodkan pada pukul 10.18 pagi waktu tempatan di wilayah Shimane.

Setakat ini, tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan.

Empat gempa susulan turut direkodkan di kawasan berkenaan berukuran magnitud 4.5, 5.1, 3.8 dan 5.4.

Jepun merekodkan kira-kira 1,500 gempa bumi setiap tahun, kebanyakannya berskala kecil dengan tahap kerosakan bergantung kepada lokasi dan kedalaman gempa. -AFP