Enam terbunuh, protes kos sara hidup di Iran

TEHRAN, 2 Januari – Enam orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di tiga di bandar Iran pada Khamis, susulan protes menentang kos sara hidup yang tercetus di Tehran Ahad lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di beberapa bandar Iran.
  • Protes dicetuskan oleh isu kos sara hidup, disertai pelajar universiti dan melarat ke bandar lain.
  • Kerajaan mengiktiraf tuntutan sah penunjuk perasaan namun berjanji tindakan tegas terhadap pengacau.
  • Inflasi 52% dan kejatuhan nilai rial menambah tekanan ekonomi yang memicu protes.

Agensi berita Fars melaporkan dua maut di Lordegan, wilayah Chaharmahal dan Bakhtiari, manakala tiga lagi terbunuh di Azna, Lorestan, selepas penunjuk perasaan melempar batu ke bangunan pentadbiran dan polis bertindak balas dengan gas pemedih mata.

Di Kouhdasht, seorang anggota Basij, berumur 21 tahun terbunuh, manakala 13 anggota polis dan Basij cedera.

Protes kali ini lebih kecil berbanding gelombang 2022, susulan kematian Mahsa Amini, namun penyertaan pelajar universiti menyebabkan demonstrasi merebak ke bandar lain.

Sementara itu, Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, berusaha meredakan ketegangan dengan mengiktiraf tuntutan sah penunjuk perasaan dan menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan memperbaiki ekonomi.

Pihak berkuasa turut menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mengganggu ketenteraman dan menimbulkan kekacauan.

Media tempatan melaporkan protes dari pelbagai sudut, termasuk tekanan ekonomi dan insiden kekecohan.

Iran kini menghadapi inflasi tinggi 52 peratus tahun ke tahun, manakala rial kehilangan lebih sepertiga nilai berbanding dolar AS.

Beberapa individu dilaporkan ditahan kerana didakwa merancang keganasan semasa protes, termasuk kumpulan berpangkalan yang di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.-AFP

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan