Enam maut nahas bot terbalik di Tasik Thac Ba

Foto Tentera Laut Vietnam

HANOI, 22 Februari – Enam maut selepas sebuah bot penumpang terbalik akibat pelanggaran dengan sebuah kapal yang membawa muatan batu di Tasik Thac Ba, wilayah Lao Cai, utara Vietnam, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam orang maut selepas bot penumpang terbalik di Tasik Thac Ba, termasuk dua kanak-kanak.
  • 17 penumpang berjaya diselamatkan manakala pihak berkuasa menjalankan siasatan punca kejadian.
  • Bot membawa keluarga pulang sempena sambutan Tahun Baharu Lunar Vietnam, Tet.

Menurut laporan media tempatan, kejadian berlaku pada sebelah petang ketika bot berkenaan membawa 23 penumpang.

Seramai 17 mangsa berjaya diselamatkan selepas bot itu karam.

Mayat enam mangsa, termasuk dua kanak-kanak, ditemukan pihak berkuasa pada Ahad.

Bot penumpang itu dilaporkan membawa beberapa keluarga yang dalam perjalanan menziarahi saudara-mara sempena sambutan Tahun Baharu Lunar Vietnam, Tet.

Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis Komun Cam Nhan, Nguyen Hoang Long, berkata insiden tragis itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang.

Pengendali kapal pengangkut batu yang terlibat dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tahun lalu, insiden bot pelancong terbalik di Teluk Ha Long mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang.-AFP