
KARACHI, 19 JANUARI – Enam maut dan puluhan lagi cedera dalam kejadian kebakaran besar di sebuah pusat beli belah Gul Plaza di ibu negara Pakistan.
RINGKASAN BERITA AI
- Enam orang terbunuh dan puluhan cedera akibat kebakaran besar di pusat beli belah Gul Plaza.
- Bangunan rosak teruk dan berisiko runtuh, menjadikan operasi penyelamat berbahaya.
- 60 orang masih hilang dan punca kebakaran sedang disiasat.
Salah seorang mangsa yang maut merupakan anggota bomba.
Menurut pihak berkuasa tempatan, sebahagian besar bangunan juga rosak teruk dan berisiko runtuh.
Ketua Pegawai Operasi Penyelamat untuk wilayah Sindh, Dr. Abid Jalal Ud Din Shaikh memaklumkan, sebarang operasi dalam bangunan berkenaan adalah berbahaya dengan keadaan kritikal bangunan itu menimbulkan risiko runtuh.
Datuk Bandar Karachi, Murtaza Wahab memberitahu media tempatan bahawa 60 mangsa masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat masih dilaksanakan.
Punca kebakaran sedang disiasat.-Reuters