Empat terbunuh dalam serangan dron di sempadan Lubnan-Syria

Empat terbunuh dalam serangan dron pada Ahad. Foto/AFP

BEIRUT, 16 FebruariEmpat terbunuh dalam serangan terbaharu rejim Zionis di Timur Lubnan, bersempadan Syria.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dron membunuh empat orang selepas menyasarkan sebuah kenderaan di sempadan Timur Lubnan dengan Syria.
  • Media rasmi Lubnan menyatakan mangsa adalah dalam kenderaan di kubu pasukan pejuang Palestin.
  • Israel mengaku melakukan serangan, mendakwa mensasarkan kawasan Majdal Anjar yang disebut sebagai kubu pejuang.

Media rasmi Lubnan melaporkan, serangan dilakukan menggunakan dron yang menyasarkan sebuah kenderaan di kubu pasukan pejuang Palestin

“Empat mangsa yang berada di dalam kenderaan itu meninggal dunia serta-merta selepas diletupkan menggunakan dron,” menurut laporan media berkenaan.

Sementara itu, Israel dalam kenyataan mengesahkan serangan sambil mendakwa mereka menyasarkan kawasan Majdal Anjar yang kononnya menjadi kubu kuat pejuang Palestin.

Jumlah mangsa yang cedera berhampiran kawasan itu pula belum disahkan.

Sehingga kini seramai 370 mangsa terbunuh di Lubnan selepas gencatan senjata dikuatkuasakan pada 2024. – AFP