Empat maut dan 10 cedera, Israel serang hotel di Beirut

Lokasi serangan Israel terletak di kawasan tumpuan pelancong di Beirut./ AFP

BEIRUT, 8 Mac – Sekurang-kurangnya empat terbunuh dan 10 lagi dilaporkan cedera dalam satu serangan Israel yang menyasarkan sebuah bangunan hotel di ibu negara Lubnan pada awal pagi Ahad, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Israel mendakwa serangan menyasarkan komander utama Pasukan Quds, cabang operasi luar IRG.
  • Serangan berlaku di Raouche, kawasan tumpuan pelancong di Beirut.
  • Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan dan menempatkan tentera darat walaupun gencatan senjata 2024.

Kawasan serangan, Raouche merupakan destinasi pelancongan utama di negara itu.

Rejim Israel mendakwa serangan terbabit kononnya menyasarkan komander Pengawal Revolusi Islam (IRGC).

Rejim itu terus rakus melancarkan beberapa siri serangan di Lubnan yang didakwa menyasarkan Hizbullah meskipun gencatan senjata telah dimeterai pada 2024.

Israel turut menempatkan tentera darat ke kawasan sempadan.

Dalam satu kenyataan rejim itu menyatakan bahawa tentera Israel melaksanakan serangan tepat di Beirut, menyasarkan ‘komander utama’ dalam Pasukan Quds, cabang operasi luar negara IRGC.

Kenyataan tersebut yang tidak menyatakan lokasi tepat menuduh komander yang tidak dikenal pasti itu merancang serangan keganasan terhadap Israel dan orang awamnya. – AFP