Delcy Rodriguez tumpu perbincangan konstruktif dengan AS

FOTO REUTERS

CARACAS, 3 Februari – Presiden interim Venezuela, Delcy Rodriguez pada Selasa memaklumkan telah mengadakan perbincangan telefon dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan telefon antara Delcy Rodriguez dan pemimpin AS menekankan saling menghormati walaupun berbeza pandangan.
  • Mereka menyeru pembangunan agenda konstruktif berasaskan dialog dan hubungan diplomatik sejarah.
  • Rodriguez menegaskan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa dalam proses peralihan politik Venezuela.

Menerusi perbincangan itu, beliau menekankan kepentingan saling menghormati serta membangunkan agenda yang konstruktif meskipun wujud perbezaan berterusan antara kedua-dua negara.

Rodriguez yang ditemani abangnya, Ketua Perhimpunan Kebangsaan Venezuela, Jorge Rodriguez serta Menteri Dalam Negeri, Diosdado Cabello membuat kenyataan itu di Istana Miraflores di sini.

Beliau menekankan kepentingan menghormati undang-undang antarabangsa dan membina dialog berdasarkan hubungan sejarah diplomatik.

Perbualan telefon itu dibuat ketika Venezuela melalui peralihan politik, tepat sebulan selepas penangkapan Presiden Nicolás Maduro dalam satu operasi ketenteraan AS di negara itu. -REUTERS