Chile isytihar darurat susulan kebakaran hutan

Foto AFP

SANTIAGO, 18 Januari – Presiden Chile, Gabriel Boric mengisytiharkan darurat untuk dua wilayah selatan iaitu Nuble dan Biobio ekoran kebakaran hutan, menyebabkan kira-kira 50,000 terpaksa mengosongkan rumah mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Presiden Gabriel Boric isytihar bencana alam untuk wilayah Nuble dan Biobio susulan kebakaran hutan.
  • Kira-kira 20,000 penduduk dipindahkan, terutama dari bandar Penco dan Lirquen.
  • 19 kebakaran dilaporkan di seluruh negara, 12 daripadanya di Nuble dan Biobio.

Anggota bomba sedang memadamkan 19 kebakaran di seluruh negara, 12 daripadanya di wilayah Nuble dan Biobio, selatan ibu kota Santiago.

“Berikutan kebakaran serius yang berterusan, saya telah memutuskan untuk mengisytiharkan bencana alam untuk wilayah Nuble dan Biobio,” kata presiden itu dalam satu catatan di X.

Menurut kerajaan, sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan terkorban manakala kira-kira 50,000 orang terpaksa dipindahkan.

Kebanyakan pemindahan berlaku di bandar Penco dan Lirquen di Bibio, yang mempunyai jumlah penduduk sekitar 60,000 orang.

Imej yang disiarkan oleh televisyen tempatan menunjukkan kebakaran di kedua-dua bandar, dengan keadaan kereta hangus terbakar di jalanan.

Kebakaran hutan telah memberi kesan buruk kepada bahagian selatan dan tengah Chile sejak kebelakangan ini.

Pada Februari 2024, beberapa kebakaran berlaku serentak berhampiran bandar Vina del Mar, barat laut Santiago, mengakibatkan 138 kematian dan menjejaskan kira-kira 16,000 orang. – AFP