Belanda kembalikan arca berusia 3,500 tahun kepada Mesir

Belanda kembalikan arca berusia 3,500 tahun kepada Mesir./REUTERS

THE HAGUE, 6 Februari – Belanda pada hari Khamis memulangkan kembali sebuah arca berusia 3,500 tahun kepada Mesir selepas artifak yang dijarah itu muncul semula di sebuah pameran seni Belanda pada tahun 2022.

RINGKASAN BERITA AI
  • Belanda memulangkan kepala granodiorit berusia 3,500 tahun yang dijarah kepada Mesir selepas ia muncul di pameran seni Belanda pada 2022.
  • Pemeriksaan polis dan inspektorat warisan kultur mengesahkan artifak itu dikeluarkan secara haram dari Luxor dan diserahkan secara sukarela oleh peniaga seni.
  • Pengembalian mengiktiraf maruah Mesir, membolehkan negara menceritakan sejarahnya dan memberi manfaat kepada sektor pelancongan serta ekonomi.

Siasatan oleh polis Belanda dan inspektorat warisan budaya mengesahkan pada tahun 2025 bahawa arca itu telah dijarah dan dibawa keluar secara haram dari Mesir.

Peniaga seni Sycomore Ancient Art, yang telah memperoleh karya tersebut tetapi ragu-ragu tentang asal usulnya, secara sukarela menyerahkannya selepas siasatan tersebut.

Pakar percaya bahawa artifak tersebut, iaitu kepala granodiorit yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada patung blok, berasal dari Luxor, sebuah bandar di Selatan Mesir.

Ia menggambarkan seorang pegawai kanan dari zaman pemerintahan Firaun Thutmose III (1479–1425 SM).

Patung blok asal kepala itu sepatutnya tertera nama pegawai tersebut, tetapi kerana pada satu ketika kepala itu telah dikeluarkan dari seluruh patung dan identiti individu itu tetap tidak diketahui.

“Polisi kami adalah untuk mengembalikan apa yang bukan milik kami dan sentiasa mengembalikannya kepada kumpulan budaya atau negara yang sah”, kata Menteri Kebudayaan Belanda, Gouke Moes, yang secara rasmi menyerahkan patung itu kepada duta Mesir.

“Pengembalian ini mengesahkan rasa maruah kepada negara Mesir. Ia memberi kuasa kepada Mesir untuk menceritakan sejarahnya sendiri. Mesir sentiasa berminat untuk mendapatkan semula artifak yang diseludup keluar dari negara itu sejak beberapa tahun lalu”, kata duta Mesir Emad M. Hanna, sambil menambah bahawa negaranya mengikuti dengan teliti barang-barang yang dipamerkan atau dilelong.

“Ia (juga) sangat bermakna bagi kami dalam hal pelancongan dan ekonomi, kerana pada akhirnya, apabila pelancong datang ke Mesir untuk melihat benda-benda ini, ia pastibya memberikan perbezaan”, kata Hanna.

Masih belum jelas di mana di Mesir patung itu akan dipamerkan.-REUTERS