Bangunan polis tentera runtuh di wilayah Leningrad Rusia

Bangunan polis tentera runtuh di wilayah Leningrad Rusia./AFP

ST. PETERSBURG, 17 Februari – Sebuah bangunan polis tentera runtuh di bandar Sertolovo di Wilayah Leningrad Rusia, dengan operasi menyelamat sedang dijalankan, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bangunan polis tentera runtuh di Sertolovo, Wilayah Leningrad, Rusia.
  • Operasi menyelamat dan pembersihan runtuhan sedang giat dijalankan.
  • Gabenor arahkan agensi penguatkuasaan bantu tentera; butiran mangsa dan punca belum didedah.

Alexander Drozdenko, gabenor wilayah Leningrad, berkata menerusi saluran Telegram beliau bahawa kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan dan usaha menyelamat mangsa yang cedera sedang giat dijalankan.

“Saya telah mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk membantu pihak tentera membersihkan runtuhan dan menyelamatkan mangsa yang cedera susulan kejadian bangunan polis tentera runtuh di kawasan unit tentera di Sertolovo,” kata Drozdenko.

Butiran lanjut mengenai jumlah mangsa dan punca kejadian masih belum didedahkan.- BERNAMA