‘Balas dendam kematian Khamenei wajib’

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian

TEHRAN, 1 Mac – Iran berikrar akan melancarkan operasi paling dahsyat dalam sejarah terhadap Israel dan pangkalan tentera Amerika Syarikat menyusuli kematian pemimpin tertinggi mereka, Ali Khamenei.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran berikrar melancarkan operasi paling dahsyat terhadap Israel dan pangkalan AS susulan kematian Khamenei.
  • Presiden Pezeshkian menganggap membalas dendam ke atas pembunuhan Khamenei sebagai amanah dan kewajipan sah.
  • Kematian Khamenei oleh serangan AS dan Israel dianggap pengisytiharan perang terbuka terhadap umat Islam seluruh dunia.
  • Serangan balas Iran di Dubai, Bahrain dan lokasi lain mengancam menggugat kestabilan Asia Barat secara meluas.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan, membalas dendam atas pembunuhan Khamenei adalah satu amanah dan kewajiban Iran.

“Republik Islam Iran menganggapnya sebagai satu amanah dan kewajiban yang sah untuk membalas dendam terhadap pelaku dan dalang jenayah bersejarah ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen pemerintah.

Khamenei berusia 86 tahun yang memimpin Iran sejak 1989, terbunuh dalam serangan besar-besaran Amerika Syarikat dan Israel.

Menurut Pezeshkian, pembunuhan pemimpin itu juga dianggap sebagai pengisytiharan perang terbuka terhadap umat Islam seluruh dunia.

Perkembangan terbaharu mengancam akan menggugat kestabilan Asia Barat secara lebih meluas berikutan serangan balas Iran di Dubai, Bahrain dan beberapa lokasi lain yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.