
MELBOURNE, 9 Januari – Tiga individu dilaporkan hilang susulan kebakaran belukar yang melanda negeri Victoria, Australia.
RINGKASAN BERITA AI
- Tiga individu dilaporkan hilang akibat kebakaran belukar di Victoria.
- Kebakaran memusnahkan rumah dan sekitar 35,000 hektar kawasan belukar di Longwood.
- Gelombang panas sehingga 46°C dan angin kencang memburukkan keadaan, menyukarkan pemadaman.
Kebakaran tersebut memusnahkan rumah dan kawasan belukar yang luas.
Menurut pihak berkuasa tempatan, kebakaran terjadi susulan gelombang panas yang mencatat suhu setinggi 46 darjah celsius melada negeri tersebut.
Keadaan diburukkan lagi dengan luruan angin kencang yang menyebabkan kebakaran semakin marak dan sukar dipadamkan.
Bencana tersebut turut melanda bandar Longwood, memusnahkan sekitar 35,000 hektar kawasan belukar.
Ia merupakan bencana kebakaran terburuk dicatatkan sejak 2019.-REUTERS