Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,070 orang

FOTO REUTERS

GAZA, 22 Februari – Angka korban di Gaza kini meningkat kepada 72,070 orang sejak konflik antara Hamas dan Israel tercetus pada 7 Oktober 2023.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemaskini rasmi: jumlah korban di Gaza dilaporkan terus meningkat sejak konflik bermula.
  • Jumlah mangsa cedera kini dilaporkan mencapai 171,738 orang menurut pihak berkuasa Gaza.
  • Dalam 48 jam terakhir, satu mayat dan 10 cedera dibawa ke hospital di Gaza.
  • Sejak gencatan senjata Oktober, 612 maut dan 1,640 cedera, menimbulkan kebimbangan kemanusiaan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza pada Sabtu, jumlah keseluruhan mangsa yang cedera kini mencecah 171,738 orang.

Pihak berkuasa turut memaklumkan dalam tempoh 48 jam lalu, satu mayat dan 10 individu yang cedera telah dibawa ke hospital di Gaza.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober tahun lalu, seramai 612 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh manakala 1,640 lagi mengalami kecederaan, menurut kenyataan sama.

Konflik berterusan itu terus mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan.-REUTERS