Angka korban di Gaza meningkat kepada 71,657 orang

Empat penduduk cedera selepas sebuah dron ‘quadcopter’ Israel meletup di atas bumbung sebuah bangunan bertingkat Gaza City/foto REUTERS

GAZA CITY, 25 Januari – Angka korban akibat konflik berterusan di Gaza meningkat kepada 71,657 orang sejak pertempuran tercetus pada 7 Oktober 2023, manakala seramai 171,399 lagi dilaporkan cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan terkini menyebabkan empat penduduk cedera selepas sebuah dron 'quadcopter' Israel meletup di atas bumbung bangunan bertingkat.
  • Hospital menerima tiga lagi jenazah dan 18 mangsa baharu yang cedera dalam 24 jam terakhir.
  • Keadaan kemanusiaan meruncing dengan ribuan berlindung di bangunan sementara dan khemah pelarian, perkhidmatan kesihatan kritikal.
  • Usaha menyelamat dan pemindahan mangsa terganggu oleh kemusnahan infrastruktur dan kekurangan bekalan perubatan.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh 24 jam lepas, hospital-hospital di Gaza menerima tiga lagi jenazah serta 18 mangsa baharu yang cedera susulan serangan terkini.

Terbaharu, empat penduduk cedera selepas sebuah dron ‘quadcopter’ Israel meletup di atas bumbung sebuah bangunan bertingkat di sini.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak tentera Israel berhubung kejadian tersebut.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Oktober 2025, serangan Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 484 orang dan mencederakan 1,321 yang lain.

“Keadaan kemanusiaan di wilayah ini terus meruncing apabila ribuan penduduk terpaksa berlindung di bangunan sementara dan khemah pelarian, dengan kemudahan asas serta perkhidmatan kesihatan berada pada tahap kritikal,” tambah kenyataan itu.

Usaha menyelamat dan pemindahan mangsa masih dijalankan di beberapa kawasan yang terjejas, namun cabaran besar termasuk kemusnahan infrastruktur dan kekurangan bekalan perubatan terus menyukarkan operasi bantuan.

Konflik antara Hamas dan Israel yang berlarutan lebih dua tahun itu telah menyebabkan kemusnahan besar di Gaza serta menimbulkan kebimbangan berterusan masyarakat antarabangsa terhadap keselamatan orang awam. – REUTERS

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan