Anggota tentera termasuk askar Jerman tiba di Greenland

Video menunjukkan anggota tentera termasuk askar dari Jerman, tiba di Greenland pada 16 Januari 2026/foto REUTERS

NUUK, 17 Januari – Anggota tentera, termasuk askar dari Jerman, tiba di Greenland susulan langkah beberapa negara Eropah menghantar sejumlah kecil pasukan keselamatan ke pulau itu atas permintaan Denmark.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota tentera dari beberapa negara Eropah, termasuk askar Jerman, tiba di Greenland atas permintaan Denmark.
  • Ketibaan pasukan mengikuti kenyataan Presiden AS yang menganggap Greenland penting kepada keselamatan nasional AS.
  • Delegasi dwipartisan AS bertemu pemimpin Denmark dan Greenland untuk meredakan ketegangan dan memberi jaminan sokongan Kongres.

Penghantaran tersebut dibuat ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan Greenland adalah penting kepada keselamatan nasional AS dan tidak menolak kemungkinan penggunaan kekerasan bagi menguasai pulau Artik itu.

Dalam perkembangan berkaitan, satu delegasi dwipartisan AS bertemu dengan pemimpin Denmark dan Greenland di Copenhagen pada Jumaat, dalam usaha meredakan ketegangan dan memberi jaminan sokongan Kongres AS susulan kenyataan kontroversi Trump.

Delegasi AS yang dianggotai 11 ahli itu diketuai oleh Senator Demokrat, Chris Coons. Mereka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, serta Perdana Menteri Greenland, Jens-Frederik Nielsen, selain wakil parlimen Denmark dan Greenland.

Pertemuan tersebut bertujuan meredakan suhu politik dan menegaskan komitmen sokongan legislatif AS terhadap rakan sekutunya di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan dan kedaulatan Greenland. – REUTERS