Ancaman terbaharu AS membimbangkan – PBB

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric

NEW YORK, 7 April – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap retorik Amerika Syarikat yang mengancam serangan terhadap loji janakuasa dan jambatan di Iran.

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB menegaskan infrastruktur awam, termasuk tenaga, tidak boleh dijadikan sasaran serangan ketenteraan.
  • Undang-undang kemanusiaan antarabangsa melarang serangan yang dijangka menyebabkan kemudaratan besar kepada orang awam secara tidak langsung.
  • Setiausaha Agung menggesa semua pihak menghentikan konflik dan mencari penyelesaian aman kerana tiada alternatif berdaya maju.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric berkata, pemimpin badan dunia itu telah berulang kali menegaskan mengenai undang-undang antarabangsa bahawa infrastruktur awam, termasuk infrastruktur tenaga tidak boleh dijadikan sasaran serangan ketenteraan.

“Setiausaha Agung (António Guterres) sekali lagi menggesa semua pihak supaya mematuhi kewajipan mereka dalam mengendalikan konflik ini, serta mengingatkan bahawa infrastruktur awam

termasuk infrastruktur tenaga tidak boleh diserang, walaupun ia dianggap sebagai sasaran ketenteraan.

“Undang-undang kemanusiaan antarabangsa tetap melarang serangan, jika ia dijangka menyebabkan kemudaratan besar kepada orang awam secara tidak langsung,” kata Dujarric.

Beliau turut menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak menghentikan konflik ini kerana tiada alternatif yang berdaya maju, selain penyelesaian secara aman bagi pertikaian antarabangsa. -REUTERS