Aktivis dijatuhi hukuman penjara atas tuduhan antinegara

Imaan Mazari (kanan), bersama suaminya Hadi Ali Chattha (kiri) semasa prosiding mahkamah di Islamabad pada 5 Disember 2025. Pasangan ini ditahan polis Pakistan pada 23 Januari 2026 atas tuduhan “keganasan siber”/ Foto AFP

ISLAMABAD, 25 Januari – Seorang aktivis hak asasi manusia terkemuka Pakistan, Imaan Mazari, 32, bersama suaminya, peguam Hadi Ali Chattha, dijatuhi hukum penjara 10 tahun oleh sebuah mahkamah di Islamabad pada Sabtu, kerana didakwa menyebarkan kandungan antinegara melalui akaun media sosial mereka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Imaan Mazari dan suami dijatuhi 10 tahun penjara atas dakwaan menyebarkan kandungan anti-negara melalui media sosial.
  • Kedua-dua mereka disabitkan tiga pertuduhan termasuk keganasan siber dan penyebaran maklumat palsu.
  • Tangkap semula dan pengawalan ketat polis semasa prosiding, dengan wartawan dihalang merakam kejadian.
  • Pengkritik menyifatkan hukuman itu sebagai amaran untuk menekan advokasi aman selepas perubahan perlembagaan mengukuhkan kawalan kerajaan.

Mahkamah menyatakan Mazari dan suaminya didapati bersalah atas tiga pertuduhan, termasuk “keganasan siber” dan “penyebaran maklumat palsu secara sengaja”, dengan hukuman yang berjalan serentak.

Pasangan ini ditahan semula oleh pihak polis sehari sebelum penghakiman semasa mereka menuju ke mahkamah.

Video yang tular di media sosial menunjukkan van polis mengiringi kenderaan persatuan peguam membawa Mazari ke mahkamah sebelum ditahan di bawah terowong, di mana pegawai keselamatan bertopeng menghalang wartawan merakam kejadian itu.

Mazari merupakan anak bekas Menteri Hak Asasi Pakistan, Shireen Mazari, dan peguam pro bono yang membela kes-kes sensitif termasuk kehilangan paksa etnik Baloch, tuduhan penistaan agama, serta isu penganiayaan terhadap rakyat Afghanistan.

Pemimpin pembangkang di Senat, Allama Raja Nasir Abbas, mengecam penghakiman itu, menyifatkannya sebagai “mesej menakutkan bahawa advokasi aman dan kritikan terhadap kuasa akan dibalas dengan penindasan keras”.

Perubahan perlembagaan dan undang-undang tergesa-gesa yang diluluskan oleh parlimen telah mengukuhkan kawalan kerajaan Pakistan, sekali gus mengehadkan hak politik dan sivil rakyat.- AFP