60 tan bekalan perubatan ke Lubnan

Foto REUTERS

PARIS, 12 Mac – Sebanyak 60 tan bekalan farmaseutikal dan bantuan kemanusiaan dihantar dari Perancis pada Khamis melalui Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle menuju ke Beirut sebagai sebahagian usaha negara itu membantu orang awam yang terjejas akibat perang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ubat-ubatan, alas tidur, kit tindak balas kecemasan dan susu formula bayi disertakan dalam kargo bantuan.
  • Menteri Pengangkutan berharap pesawat dapat mendarat di Beirut secepat mungkin berdasarkan maklumat diperoleh.
  • Bantuan akan diterima Palang Merah, Kementerian Hal Ehwal Sosial dan sektor kesihatan untuk diselaraskan dan diagihkan kepada penduduk berpindah.

Menurut pegawai yang terlibat dalam operasi berkenaan, kargo tersebut merangkumi ubat ubatan, alas tidur, kit tindak balas kecemasan serta susu formula bayi.

Menteri Pengangkutan Perancis, Philippe Tabarot berkata, setakat ini pihaknya berharap dan mendapat jaminan bahawa pesawat berkenaan dapat mendarat di Beirut secepat mungkin berdasarkan maklumat yang diperoleh.

Setibanya di Lubnan, bantuan tersebut akan diterima oleh Palang Merah, Kementerian Hal Ehwal Sosial serta sektor kesihatan negara itu sebelum diselaraskan untuk diagihkan kepada penduduk yang dipindahkan akibat konflik.-REUTERS