
TEHRAN, 28 Februari – Sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terbunuh, sementara lebih 80 lagi cedera apabila sebuah roket mengenai sekolah di Selatan Iran.
RINGKASAN BERITA AI
- Serangan dilaporkan melibatkan operasi ketenteraan bersama oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas beberapa bandar Iran.
- Pihak berkuasa Iran mengesahkan jumlah mangsa kanak-kanak yang tinggi dan risau lebih banyak jasad tertimbus.
- Akibat serangan, ramai cedera dan hospital serta pasukan kecemasan sedang menangani situasi runtuhan.
- Laporan menyebut kemungkinan pegawai tinggi tentera Iran, termasuk Menteri Pertahanan dan komander Pengawal Revolusi, terbunuh.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Iran, Hossein Kermanpour mengesahkan perkembangan itu menerusi satu kenyataan dalam laman X.
“60 kanak-kanak terbunuh dan 80 lagi cedera. Mungkin ada banyak lagi jasad yang tertimbus dalam runtuhan bangunan, “katanya.
Terdahulu Amerika Syarikat dan negara haram Israel melancarkan operasi ketenteraan di beberapa bandar utama Iran pada Sabtu.
Sementara itu, menurut Reuters, Menteri Pertahanan Amir Nasirzadeh dan komander Pengawal Revolusi Mohammed Pakpour juga dipercayai terbunuh dalam serangan tersebut.