104 sah maut kapal perang Iran diserang Amerika di perairan Sri Lanka

Foto REUTERS

ISTANBUL, 9 Mac – Tentera Iran pada Ahad mengesahkan seramai 104 anak kapal perang IRIS Dena terkorban, manakala 32 yang lain cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS) minggu lepas, lapor Anadolu Ajansi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal IRIS Dena diserang oleh Tentera Laut AS pada 4 Mac di perairan Sri Lanka semasa pulang dari latihan Milan Peace 2026 di India.
  • Washington mengesahkan sebuah kapal selam AS melancarkan torpedo ke atas kapal Iran itu.
  • Sri Lanka melancarkan operasi menyelamat selepas menerima isyarat kecemasan; mangsa cedera dikejarkan ke hospital tempatan.
  • Tehran membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel, Iraq, Jordan serta negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Memetik laporan agensi berita rasmi Iran, IRNA, pihak tentera menyatakan bahawa kapal itu diserang oleh Tentera Laut AS pada 4 Mac di perairan Sri Lanka ketika dalam pelayaran pulang daripada latihan tentera laut Milan Peace 2026 di India.

Washington mengesahkan bahawa sebuah kapal selam Amerika telah melancarkan serangan torpedo ke atas kapal Iran berkenaan.

Sementara itu, Sri Lanka memaklumkan pihaknya melancarkan operasi menyelamat selepas menerima isyarat kecemasan daripada kapal itu di luar pantai selatan bandar Galle. Katanya, 32 anak kapal yang cedera telah dikejarkan ke hospital tempatan.

Serangan itu berlaku ketika AS dan Israel meneruskan serangan udara besar-besaran ke atas Iran yang bermula pada 28 Feb lepas. Menurut pihak berkuasa Iran, serangan itu telah mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin, Ali Khamenei, selain mencederakan lebih 10,000 yang lain.

Tehran membalas dengan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan Israel, Iraq, Jordan, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.- BERNAMA
empatkan aset tentera AS.- BERNAMA