
KANADA, 11 Februari – Sekurang-kurangnya sembilan maut dalam tembakan rambang oleh seorang penyerang bersenjata di sebuah sekolah menengah dan sebuah kediaman di kawasan terpencil di barat Kanada.
- Sembilan orang maut dalam tembakan rambang di sekolah menengah dan sebuah kediaman di Tumbler Ridge, British Columbia.
- Suspek seorang wanita turut ditemui meninggal dunia akibat kecederaan temakan dipercayai dilakukan sendiri.
- Seramai 27 orang cedera, termasuk dua dalam keadaan serius.
- Polis menemui enam mayat di sekolah dan dua lagi di kediaman, siasatan lanjut masih dijalankan.
Suspek dikenal pasti seorang wanita juga ditemui meninggal dunia akibat kecederaan tembakan dipercayai dilakukannya sendiri.
Serangan berlaku di Tumbler Ridge, British Columbia, sebuah bandar lembah pergunungan di kaki Banjaran Rocky.
Menurut Polis Diraja Kanada (RCMP), seramai 27 orang cedera dalam kejadian itu, termasuk dua yang dilaporkan dalam keadaan serius.
Ketika pemeriksaan dijalankan, enam mangsa ditemui maut di sekolah, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dua lagi mayat turut ditemui di sebuah kediaman yang dipercayai berkaitan dengan kejadian itu.
Seorang pelajar, Darian Quist, berkata beliau berada di dalam kelas ketika sekolah diarahkan untuk dikunci dan hanya dibenarkan keluar selepas lebih dua jam apabila polis tiba.
Pihak polis masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai umur suspek atau mangsa.- AFP