“Saya bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan selepas terpaksa berhenti kerja demi menjaga isteri yang diserang angin ahmar.” Itu luahan Azahar Ibrahim, 54, yang menyifatkan SARA sebagai talian hayat buat keluarganya. Wartawan Siti Jamilah Hanim Jamil menyelami kisah ketabahan keluarga ini di Dungun.