fb fb fb fb fb

Westport catat untung bersih RM203.74 juta suku kedua tahun 2024

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 27 Julai-Westports Holdings Berhad mencatat keuntungan bersih, RM203.74 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM194.76 juta pada tempoh sama tahun lepas.

Turut direkod, pertambahan hasil kepada RM1.10 bilion daripada RM1.06 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan 2024.

Wesport berkata prestasi cemerlang tersebut dipengaruhi oleh peningkatan dalam perolehan kontena.

Ia juga mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 8.89 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pihaknya akan terus menekankan kepentingan untuk mempunyai lebih dari satu pelabuhan bagi mengendalikan perdagangan serantau yang semakin berkembang.

Ini bagi memastikan pelabuhan ini mampu bekerja seiring untuk kekal berdaya tahan dan kebolehpercayaan keseluruhan rantaian bekalan serantau dan global.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD