fb fb fb fb fb

Vestera, Fueltrax bentuk perkongsian strategik

Pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Vestera dan Fueltrax berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpu

KUALA LUMPUR, 29 September- Vestera dan Fueltrax membentuk perkongsian strategik bertujuan menyediakan penyelesaian sewaan bagi sistem pemantauan bahan api canggih yang direka khusus untuk kapal luar pantai.

Inisiatif inovatif tersebut membolehkan pemilik kapal memasang teknologi terkini tanpa perlu menanggung perbelanjaan modal yang tinggi.

Perkongsian bukan sahaja bertujuan meningkatkan kecekapan operasi, malah menyokong peralihan industri ke arah amalan yang lebih pintar dan lestari.

Teknologi tersebut menyediakan data dan analisis masa nyata, membolehkan pemilik kapal mengoptimumkan penggunaan bahan api serta mengurangkan kos operasi.

Pertukaran memorandum persefahaman (MoU) berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sempena Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Minyak & Gas Malaysia kali ke-7.

Majlis diserikan dengan kehadiran, Naib Presiden Kumpulan Perolehan PETRONAS, Rashidah Alias sekali gus menandakan kepentingan kerjasama strategik berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE