fb fb fb fb fb

Unjuran ekonomi lebih baik, permintaan hartanah dijangka meningkat

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Januari - Permintaan terhadap hartanah kediaman dan komersial dijangka meningkat berdasarkan unjuran ekonomi lebih baik tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Irhamy Valuers International, Irhamy Ahmad berkata pengukuhan dalam sektor pelancongan akan mendorong permintaan tinggi bagi hartanah sewa jangka pendek dan rumah percutian.

Beliau berkata, kerancakan aktiviti pelancongan akan turut merangsang pelaburan baharu dalam sektor hospitaliti, termasuk hotel dan ruang runcit.

"Kita akan menyaksikan lebih banyak tawaran di dalam pasaran oleh kerana keadaan ekonomi yang baik, kadar inflasi yang baik.

"Kami tidak menjangkakan yang kadar faedah menaik malah dijangka menurun pada tahun ini. Oleh demikian, lebih banyak kecairan dalam ekonomi dan pembayaran bagi pembeli sedia ada lebih sederhana dan kemampuan untuk pembeli baru memasuki pasaran dijangka akan naik," katanya.

Tambah Irhamy, jangkaan kadar dasar semalaman (OPR) yang lebih rendah juga akan mendorong pengurangan kos gadai janji, menjadikan pembelian rumah lebih mampu milik.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN