fb fb fb fb fb

Trend pengukuhan ringgit beri peluang rakyat meningkatkan pelaburan

Felo Penyelidik Kanan, INCEIF Universiti, Dr Mohd Zaidi Md Zabri

KUALA LUMPUR, 25 September - Trend pengukuhan ringgit ketika ini, merupakan peluang untuk rakyat mempelbagai serta meningkatkan pelaburan masing-masing.

Felo Penyelidik Kanan, INCEIF Universiti, Dr Mohd Zaidi Md Zabri berkata, ini termasuk pelaburan dalam saham berpotensi tinggi, di luar negara.

"Jika ringgit sedang mengukuh dan kita ada pelaburan di luar negara contohnya, jadi kita boleh naikkan pelaburan itu. Ia disebabkan apa yang kita beli itu menjadi semakin murah."

"Contohnya sekarang ini ada aplikasi yang mempunyai pautan dengan pasaran saham di Amerika Syarikat, jadi ringgit sedang mengukuh. Maka kita boleh ambil peluang untuk tambah pelaburan tersebut." katanya.

Tambah beliau, peningkatan ringgit juga akan mengurangkan kos pengimportan, sekali gus mendorong potensi harga barangan lebih murah.

Namun, rakyat digalakkan berbelanja dan melancong dalam negara sebagai usaha merancakkan ekonomi domestik dan mengukuhkan lagi matawang negara.

Trainee