fb fb fb fb fb

Subsidi bersasar tingkatkan potensi pasaran EV

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Penyasaran subsidi diesel dijangka meningkatkan permintaan terhadapa industri kenderaan elektrik (EV) tempatan yang dilihat mampu mengurangkan kos bahan api bulanan pengguna.

Bagaimanapun, penggunaan diesel masih diperlukan terutama untuk kenderaat berat, kata Penganalisis ekonomi Prof Madya Adjung Dr Abu Sofian Yaacob.

"Diesel ini digunakan oleh kenderaan berat dan juga beberapa pihak industri kilang. Jadi bagi saya penyasaran diesel ini adalah satu langkah yang baiklah sebab menyasarkan kepada pihak yang kita dah sasarkan dan ia bermanfaat kepada individu yang sepatutnya menerima subsidi.

"Disamping itu, kerajaan juga mengggalakkan utk penggunaan EV. Jadi EV ini kita tahu adalah menyeluruh, satu dunia tengah berusaha untuk meningkaatkan lagi penggunaan EV ni," katanya kepada RTM.

Menurutnya, teknologi diesel yang digunapakai kini iaitu Euro5 Diesel juga lebih baik dari segi pembakarannya menjadikan pelepasan toksik lebih rendah disebabkan kandungan sulfur yang rendah.

Sehingga Mac, sebanyak 2,020 stesen pengecas EV telah beroperasi di seluruh negara.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri meletakkan sasaran 10,000 stesen pengecas EV beroperasi di negara pada 2025 .

Kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif kepada peserta industri EV bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai.##

GRACE AISYAH KEDAYAN