fb fb fb fb fb

SST diperluas kembangkan asas cukai negara

Ketua Cukai Malaysia Ernst & Young Consultants Sdn Bhd, Farah Rosley

KUALA LUMPUR, 21 Oktober - Skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diperluas, adalah sejajar keperluan untuk mengembangkan asas cukai negara.

Ketua Ahli Percukaian Ernst & Young Consultants Sdn Bhd, Farah Rosley berkata, langkah progresif itu akan menjana pendapatan tambahan untuk Kerajaan, disokong pengenalan beberapa cukai baharu.

Sementara itu beliau berpandangan, pelaksanaan cukai karbon adalah penting bagi menyokong sasaran ekonomi rendah karbon.

"Pelaksanaan cukai karbon ke atas industri keluli, besi dan tenaga menjelang tahun 2026 selari dengan tindakan beberapa negara serantau dan penting ke arah ekonomi rendah karbon," katanya kepada pemberita RTM.

Sementara itu jelas beliau, kenaikan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

"Ini mungkin langkah-langkah menggalakkan rakyat supaya mengamalkan pemakanan sihat tapi tidak mengejutkan kerana banyak negara-negara lain turut memperkenal cukai seumpama ini. Kadarnya mungkin akan menyebabkan sedikit kenaikan harga untuk minuman manis, jadi mungkin akan menambah pndptn cukai negara.

Belanjawan 2025 mencadangkan, duti eksais bagi produk minuman bergula dinaikkan secara berfasa mulai 1 Januari 2025 pada kadar 40 sen seliter, daripada 50 sen ketika ini.

Trainee