fb fb fb fb fb

Sime Darby catat peningkatan keuntungan bersih dua kali ganda

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Ogos- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd meningkat lebih dua kali ganda kepada RM3.31 bilion bagi Tahun Kewangan 2024 daripada RM1.46 bilion tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata sebahagian besarnya disumbangkan daripada keuntungan penjualan Ramsay Sime Darby Health Care (RSDH).

Keuntungan bersih teras kumpulan meningkat 14 peratus kepada RM1.3 bilion bagi Tahun Kewangan 2024 disumbangkan keuntungan tinggi perniagaan perindustrian di Australia serta bahagian UMW.

"Keuntungan dari perniagaan Caterpillar di Australia disokong oleh industri perlombongan yang menggalakkan."

"Pasaran automotif Malaysia juga menunjukkan pengukuhan," kata Datuk Jeffri kepada pemberita dalam Taklimat Media Prestasi Tahun Kewangan 2024 secara dalam talian.

Syarikat itu turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10 sen sesaham bagi suku keempat tahun kewangan sama.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM